Sabtu, 1 Oktober 2011

Wahai Diri...

Dek kerana melayan kerenah dunia, kita lupa usai usia kita.. betapa kita mendekat atau menjauh dariMu Ya Allah..  Kekadang rasa seperti banyak kekurangan diri yang sengaja di lupakan untuk mengurangkan rasa bersalah pada Mu Ya Allah...
Dek kerana terlalu mengikut perasaan, kadang kita terlupa yang segala urusan kita di muka bumi Mu Ya Allah adalah kehendakMu jua.. sebagai manusia kita lalui dengan tabah dan sabar...itu sepatutnya.. tapi kekadang kita terlanjur, tersilap, terhutang padaMu Ya Allah...
Segala ujian dan dugaan yang datang, kita rasakan bagai satu bebanan.. sedangkan Kau tahu kemampuan hambaMu menghadapi ujian dariMu...
Bila kita lihat kesenangan orang lain, kita rasa seolah-olah Kamu tidak adil pada manusia.. sedangkan kita lupa darjat, pangkat, keturunan bukan ukuranMu tetapi.. TAQWA manusia itu yang penting padaMu Ya Allah..

Takutnya hambaMu ini Ya Allah.. sekiranya tersalah tafsir dengan apa sahaja pemberianMu Ya Allah..
Takutnya hambaMu ini Ya Allah.. sekiranya amat sedikit bersyukur dengan pemberianMu Ya Allah...
Takutnya hambaMu ini Ya Allah.. kerana hutangnya yang tak mampu di bayar padaMu Ya Allah..
Takutnya hambaMu ini Ya Allah..kerana jahilnya hambaMu ini..

Ampunilah kami Ya Allahhhh...

Wahai diri... ingatlah siapa kamu
Wahai diri... belajarlah untuk bersyukur
Wahai diri... redhalah dengan ketentuanNya
Wahai diri... TAUBATLAH...sebelum matamu terpejam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...