konon2 den la tuuu | . |
Ye la kan, kononnya hari sabtulah nak wat special dish untuk makan tengahari dan malam. korang mesti fikirkan kenapa sabtu dan bukan hari ahad ...ini kerana hari ahad biasanyer kami sekeluarga tak der kat umah, bukan pergi bercuti atau makan angin tau. Tapi kami kena balik kampung, tengok mak dan ayah hubby den. Diorang dah tak sihat, sorang kena diabetis dan sorang lagi kena stroke. Setiap hari adik dia yang jaga.. so hari ahad adalah hari yang dia beri sepenuh nya untuk parent dia. So saya sebagai isteri kena faham dan redha.
Jadi kerana itulah sabtu adalah busy day untuk saya dibandingkan dengan hari lain. Kalau nak relakspun waktu pagilah (dalam kul 8 hingga 10) lepas tu saya cam lipas kudunglah menyiapkan kerja. Saya tau ada ramai ibu2 bekerja cam saya gak, semoga kita semua dapat menghadapi semuanya dengan kesabaran yang tinggi (walaupun kadang2 ter... jugak hihihihi). Maafkan ibu anak2, kalau ibu bukan ibu yang the best utk korang tapi ibu cuba sehabis baik ibu utk jadi the BEST.
hukhukhuk mcm tu lar ari ari duk umah..sentiasa bz..dulu keje pun tak penat mcm duduk umah ;p
BalasPadamtapi enjoy sebab ada anak bersama kita..
tu la kan.. sebab kalu nak ikut nak jer berhenti kerje tapi tak leh nak amik option tu atas sebab2 yg tak dapat di elakkan :)
BalasPadamtak pe mana mana pun tak kisah dear..janji kita eppy ;)
BalasPadamada pro and contra..
salam izan..
BalasPadamsamalah ngan sya jugak.. sabtu & ahad hari yg sibuk sebab semua benda yg delay atau terpaksa delay wajib disiapkan hari sabtu atau ahad.. haha.. kalau ibu tak bekerja ni at least.. tiap2 hari dorang boleh siapkan.. tp bagi kita ibu bekerja.. time cutilah harinya... tapi takpelah kan.. kalau takde kerja nnt kurang pulak kita dpt exercise.. hehehe.. nak harap exercise yg sengaja dibuat mmg payah.. mmg liat sikit.. hehe..
salam kenalan ye.. tq sudi jenguk blog sy..
madiha :.TQ sebab jenguk blog saya.. suker sangat.. komen pasal tu memglah kalu nak harap exercise sendiri.. mintak mahaplah.. mana nak carik masa.. hihihi.. selamat berkenalan gak..
BalasPadam