Sabtu, 29 Oktober 2011

PENGKHABARAN :(

Salam kawan2..
Malam tadi dapat berita dari kampung yang mengatakan ayah mertua saya sangat tidak sihat, bila lihat wajah suami.. dah nampak kemurungan di wajahnya.  Apa yang boleh saya kata yer.. "sabar lah bang..redhalah dengan apa sahaj ketentuanNya..".
Ayah mertua saya dah lama sakit.. lebih kurang 4 @ 5 tahun, kena stroke yang collapse seluruh badan, tapi setelah di urut dan sebagainya, dia mampu duduk dan menggerakkan tangan sebelah kirinya.  Namun, dia masih uzur.  Dia menderita sudah cukup lama, serangan stroke memang secara tiba2, Ayah mertua saya nie sangat aktif orangnya.. kami semua tak menjangka akhirnya begitu.. tapi itu kan dah takdir..siapa yang tahu kan.  Ayah saya sendiri meninggalkan kamis emua kerana stroke. emm...tiada apa yang boleh dikatakan..
Walaupun saya tidak begitu rapat dengan ayah mertua dibandingkan dengan ibu mertua, namun ada sedih dihati ini.  Apa2pun..kita tetap memanggilnya "AYAH"... jadi sudah mesti tersemat dihati ini satu ruang yang istimewa untuk dia.
Untuk Suamiku tercinta..."Hanya doa yang mampu kita panjatkan untuk dia..semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuk ayah dan untuk kita semua..amiiinnnn"
Dan kawan2.. doakanlah yang terbaik juga untuk kami..:)

2 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...