Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Jumaat, 28 Oktober 2011

Mencari Yang Hilang

Dalam kesibukan kita seharian, kadang-kadang kita lupa untuk beringat bahawa masa untuk kita tinggal sedikit.  Pada ulang tahun kelahiran ku yang ke 38 tahun pada 21 Oktober lalu mengingatkan saya pada satu peristiwa yang lalu, bila mana salah seorang sahabat lama saya pernah berkata..
"Andainya umur aku, Allah kasi hanya sampai 35 tahun.. maknanya aku cuma tinggal 1 tahun sahaja untuk hidup mengabdikan diri padaNya".. katanya ketika dia meyambut ulang tahun kelahirannya yang 34 tahun.
Dan ditakdirkan Allah, kata-katanya itu sangat benar.  Pada umurnya 35 tahun dia pergi meninggalkan kami semua, anak2nya, isterinya dan kedua ibu bapanya..
Dan kerana itu juga saya terfikir, apa yang telah saya lakukan untuk selayaknya mengaku yang "AKU INI HAMBAMU YA ALLAH".. rasanya banyak benar dosa-dosa dilakukan seharian tanpa disedari.  Ingin dihati untuk meletakkan diri sekhusyuk2nya menghadapMu.. namun "aku hanya seorang manusia yang selalu lupa.. dan yang pasti aku sangat takut"..
Wajarkah saya berkongsi perasaan ini pada kawan2 semua.. Namun sebenarnya didalam hati ini cuma ingin supaya kita semua bersama2 mengingati diri dan bersama2 mencari apa yang hilang dalam kehidupan kita, jangan hanya mengejar sesuatu yang hanya wujud untuk sementara waktu sahaja...


2 ulasan:

  1. semoga kita akan dipermudahkan menemui apa yang dicari selama ini...

    BalasPadam
  2. MaDiHaA : Terima Kasih, walaupun bukan mudah :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...