Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Isnin, 24 Oktober 2011

ISTIHAR PERANG....

Salam kengkawan,
ish ish ish.. sakit nyer hati bukan kepalang, bila kami sekeluarga diserang oleh sejenis perosak yang sangat mengharubirukan hidup kami.  Selama ini kami bersabar dengan kehadirannya.  Tapi kali ini tidak lagi, Ahad lepas kami sekeluarga mengistiharkan perang besar dengan perosak nie.  dah tak boleh sabar dah.  Menghancurkan harta benda orang lain yang akhirnya kami terpaksa melupuskan perkara yang kami sayang apatah lagi ada unsur2 sentimental dalam hidup kami berdua.
Encik Bos, telah mengarahkan saya untuk memindahkan apa yang patut, dan dia pun mengngkat dan terus melupuskan ALMARI PERKAHWINAN KAMI ..yang telah pun berusia 12tahun.  Selama 12 tahun dia bertahan akhirnya dia telah dimusnahkan oleh perosak yang amat hebat, dalam masa 6 bulan kami merasakan kehadirannya.. akhirnya semalam kami telah membakar almari itu untuk menjahanamkan ANAI-ANAI ITU.




Fakta
"Anai-anai merupakan serangga perosak yang amat penting dari segi ekonomi. Anai-anai makan segala kayu dan bahan yang berasaskan celulose. Anai-anai boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu, Anai-anai bawah tanah, anai-anai kayu kering dan anai-anai kayu basah.
 
Anai-anai bawah tanah banyak mendatangkan kerosakan kepada harta benda manusia. Adalah di laporkan bahawa sebanyak USD1.5 Bilion di belanjakan untuk rawatan anai-anai di Amerika setiap tahun.  Spesis yang biasa terdapat adalah Coptotermes Formosus, Coptotermes Curvignathus, Globitermes Sulphureus, Macrotermes Gilvas dan Microtermes Distans."

Encik Bos telah menggunakan racun untuk membunuh anai2 itu, tapi kami tak tahu samada ia berkesan atau tidak.  Aduhai sedih rasanya hati.  Tengah pujuk Encik Bos untuk beli almari baru..hihihihihihihi....mungkin inilah hikmahnya disebalik kedatangan anai2 itu kot.
Walaumacammanapun (mak ai pjgnya).. Den tetap risau dengan kehadiran makhluk tersebut.. almaklumlah rumah den nie banyak gak perabut kayu.. alamatnyaaaaaaa (tak nak baygkanlah...)....
Korang ader pengalaman tak kena serangan nie, meh ler share ngn saye nie.... :)

4 ulasan:

  1. anai anai kalau dah ada dlm umah memang masalah!

    abis dimakannyer segala kayu yg ada kan..tanam ubt anai anai bawah lantai umah lar u..insyaAllah tak de apa apa pastu ;)

    BalasPadam
  2. PMomma : mmglah itu yang kami bincangkan, tapi modal besar tu kan.. jadi akan dipikirkan.. TQ momma..:)

    BalasPadam
  3. kt umh sy pun ada masalah anai2 ni.. dia mkn pntu..adeh la..

    BalasPadam
  4. MK: Baik jaga2, sebab akak dulu camtu aa.. sikit2 lama2 jadi bukit (pndai gak anai2 nie berperibahasa ekk) ..hihihihi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...