Khamis, 6 Oktober 2011

BAITI JANNATI...

Saper yang tak nak kan... impian semua orang.."RUMAH KU SYURGAKU".. ari nie saya menghadiri program 1 hari di mini audi, uia.. nilah seronoknyer kerja kat cni.. program2 camnie selalu jer ader.. cuma kitaer jer nak join ker tak nak.. pilihan di tangan anda (ish cam nak ngundi plak... hihihihi)

Speaker dia.. Prof. Datuk Sidek Baba.. seorang tokoh hebat.  Dia banyak share camana hubungan dia ngn family dan macamana dia mendidik anak2 sehingga semuanya berjaya dalam hidup..yang pasti dia tak kedekut ngn ilmu dia..sebab pada dia "ilmu kalau di kongsi .. akan semakin bertambah ilmu itu"-- wow hebatkan...

Bukan aper.. once dulu dia pernah jadi Dekan di tempat kerja lama saya... dan sayer memang admire dengan cara dia bercakap ngn isteri dan anak2 dia... sangat berhemah.. kasih sayang sangat di tunjukkan.. jadi pada fikiran saya dia dah buat aper yang dia cakap..hebatkan...

Emm....bila kita mendapat ilmu2 yang sedemikian rupa sedah tentu terlintas di hati fikiran untuk mengamalkannya, namun.... kita kena kuat semangat dan istiqamah..

Pesanan Saidina Ali R.A...

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama (1 hari hingga 7 tahun), beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua (8 tahun hingga 14 tahun), berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga (15 tahun hingga 21 tahun), berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.

Ini bermakna anak2 den nie berada dalam 2 kategori, Aiman dan Amin  (7 tahun kedua), Aini dan Amir (7 tahun pertama).  Emm .. menarik tu kan.. tapi cabaran nya pun hebat.

Saya selalu berdoa agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan.. Amiinnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...