Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Ibu.. utk Ibu..Mak..Mama..Mummy..semuaaaa

Selamat Hari Ibu Semua.. Terutama kepada Ibu ku yang terchenta..Pn. Noraini@Marhani Yunan.. dan juga kepada ibu mertua ku tersayang..Pn. Rabo'ah Abdul Rahman..semoga kehidupan mak berdua sentiasa diberkati Allah S.W.T.  sesungguhnya pengorbanan kamu berdua tidak mungkin dapat dibalas oleh kami semua anak2 mu..
Seronok hati bila bangun jer pagi anak2 mengucapkan selamat Hari Ibu kepada saya. Rasa kepenatan setiap hari ..hilang begitu sahaja.. itulah nikmatnya menjadi seorang ibu.. dapat kufahami hati ibu2 semua.  Apatah lagi bila anak2 memberitahu betapa sayang nya mereka kepada kita, rasa dunia ni berada di dalam genggaman kita... emmm...Tapikan.. berapa ramaikah anak2 yang sudah melafazkan sayang mereka kepada ibubapa mereka.  Kdang-kadang mereka beranggapan yang ibubapa kita amat mengerti perasaan hati kita sendiri.  Sedangkan sebenarnya apa yang dilafazkan itu adalah yang lebih penting.  Samalah seperti orang bercinta ..tanpa lafaz cinta itu sendiri akan menyebabkan keraguan bertandang dihati sendiri.  Kita mampu melafazkan sayang kita pada orang yangtidak tentu lagi milik kita.. jadi apalah salahnya jika kita melafazkan sayang kepada manusia yang sepatutnya menerima ucapan sayang itu..ibubapa kita..:) tentu sukar bukan..
Saya tahu pada zaman sekarang ini.. ibu dan ayah sudah kamcing dengan anak2 mereka.. tapi ramai sahaja yang masih mengamalkan tradisi dulu2..anak2 tidak dibenarkan terlalu rapat terutama dengan bapa mereka kerana takut nanti anak2 akan besar kepala...dan tidak menghormati.  Itu lah yang menyebabkan anak2 tidak berani melafazkan kasih sayang mereka kepada ibu bapa.  Kerana takut dikatakan buang tebiat... ;)
hihihihi... jadi apa kena mengena dengan lagu hindustan kat atas tu.. sajer jer sebenarnya... sajer nak berkongsi..inilah filem hindustan pertama yang saya suka.. dan nak tahu berapa kali saya menontonya.... corteka..corteka... (ikut intonasi dlm filem hantu mak limah)... lebih dari 20 kali... hahahaha... tak caya... .percaya laa....
Apa-apa pun .. selamat hari ibu sekali lagi semua... ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...