Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Khamis, 13 Ogos 2009

Inilah Hidup...

Salam Syaaban Semua,

Hari ini sudah 22 Syaaban dan tak lama lagi kita semua akan menyambut Ramadhan al Mubarak. Bulan-bulan untuk kita mengumpul sebanyakmana pahala dan menghindari perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Diharap saya juga mampu melakukan aper yang terbaik di bulan yang terbaik dari seribu bulan ini.. Insya Allah.

Baru-baru ini saya telah dimasukkan ke Wad Berlian di HUKM Cheras kerana telah mendapat tekanan darah tinggi yang kronik... 160/90.. saya sendiri pun tak sangka sebab sebelum ini tak pernah saya mendapat tekanan darah setinggi itu. Oleh kerana keadaan saya yang sedang mengandung ketika ini maka saya perlu mendapatkan rawatan segera supaya tidak memudaratkan anak di dalam kandungan. Dan kebetulan pula waktu kemasukkan saya ke HUKM, ketika itu HUKM sedang dalam kuarantin untuk HINI.. Memang menakutkan. Hingga hari ini saya masih lagi di dalam pemantauan doktor, saya perlu membuat ujian tekanan darah setiap 2 hari sekali.

Saya menginap di Wad selama 5 hari 4 malam (macam pakej cuti2 Malaysia lah pulak kan). Saya tidak dibenarkan terlalu aktif ketika itu, maknanya saya perlu berehat secukupnya ketika berada di Wad itu. Alhamdulillah, masuk hari ke 2, tekanan darah semakin stabil dan baik. Walaumacamanapun saya tetap di pantau setiap 4 jam. Seksa juga dipaksa berehat sepanjang masa.. sedangkan waktu di luar waktu rehatlah yang sentiasa diburu.

Selama 5 hari di HUKM saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang berjiran dengan saya di Wad itu, dan salah seorang darinya ialah seorang perempuan berbangsa Cina, Umur dalam 40an dan menginap Kanser Ovari. Ceritanyer dia seorang yang aktif bersukan (badannya nampak sihat dan maintain), dan seorang yang amat menjaga kesihatannya. tapi tahun lepas (2008) dia terlepas satu check up untuk Pap Smear, Katanya dia tidak pernah terlepas ujian itu sejak dari tahun 1997, tapi tahun lepas dia telah ke Australia untuk menziarahi anak dan menantunya ke sana. Dan tak sangka Disember tahun lepas dia telah mengidap Kanser Ovari tahap ke 3. Maknanya dalam masa setahun sahaja kanser itu telah memusnahkan hidupnya. dan waktu saya berjumpa dengannya itu dia telah pun menjalani pembedahan dengan membuang seluruh rahimnya. Tapi dia masih kelihatan positif dan ceria. Namun doktor memberitahunya yang sel2 kanser itu masih hidup dan dia perlu menjalani kimoterapi selepas ini. Tapi saya masih ingat lagi katanya "Aunty bersyukur sebab anak2 sudah besar dan boleh menjaga diri sendiri, kalau Tuhan mahu ambil nyawa aunty pun tak kisah sebab aunty dan puas hati dengan hidup aunty" sambil tersenyum. Saya sendiri kelu berkata2 bila itu yang diucapkan pada saya. Saya doakan agar dia kuat menghadapi dugaan hidupnya...
Itu kisah hidup seorang perempuan yang telah menyerahkan dirinya dengan sepenuhnya pada Tuhan....Walaupun dia bukan seorang Islam tapi saya tetap kagum dengan semangat hidupnya.

Kemudian, saya berkenalan pula dengan seorang perempuan yang hamil 8 bulan tetapi di sahkan pengidap Tekanan Darah Tinggi Kronikal seperti saya, tekanan darahnya tidak pernah stabil. sekejap naik dan sekejap turun, suami bertugas di Sabah dan jarang berjumpa. Dia sering dikunjungi sepupunya kerana dia juga tidak mempunyai ibu dan ayah lagi. Tapi yang paling menyedihkan hati saya ialah, anak dalam kandungannya tidak bergerak, jantung semakin perlahan dan doktor memberitahu yang ada pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Dan diwaktu saya meninggalkan wad tersebut dia telah dibawa ke bilik pembedahan dan saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Saya berdoa agar dia tetap tabah menghadapi dugaan dari Nya. Kerana Allah s.w.t. hanya akan menduga pada mereka yang boleh menghadapi dugaan Nya.

Dan banyak lagi sebenarnya yang telah dapat saya pelajari sepanjang saya berada di Wad itu. Betapa pentingnya kesihatan, bukan setakat kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan rohani kita sendiri. Dan kekuatan itu bukan sepenuhnya datang dari fizikal kita tetapi ia dikawal terus oleh rohani kita sendiri.

Saya bersyukur dan mengenali manusia-manusia ini. Dan semoga mereka terus berjuang untuk kehidupan mereka sendiri. Aminnn...

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...