Khamis, 3 Disember 2009

BISIKAN HATI

Minggu ini sudah cukup kandungan saya berusia 33 minggu. Tinggal lagi 3 hingga 6 minggu lagi lahirlah seorang manusia di muka bumi Allah ini. Dapat saya rasakan keadaan kesihatan saya akhir-akhir ini agak merosot. Pada usia yang baru menjangkau 36 tahun sepatutnya masih lagi kuat. Tetapi juga dapat saya rasakan ada kelainan di setiap kali saya mengandungkan anak saya. Dari anak yang pertama hingga lah ke empat ini.

Saya ada seorang ibu saudara yang telah melahirkan 13 orang anak seawal usianya 16 tahun. Anaknya yang sulung kini saya agak sudah berumur 30an. Namun sekiranya saya berjumpa dengan dia, dia akan berkata yang dia rindu untuk mengandung lagi. Terkesima saya dengan kenyataannya itu. Pernah saya tanyakan pada dia, tak sakitkah dia semasa melahirkan, namun dia cuma tersenyum sambil katanya.."Ish.. kalaulah kita nampak anugerah yang Allah S.W.T berikan setiap kali kita mengandung, dah tentu kita tidak akan mengeluh untuk melahirkan zuriat kurniaan Allah...Mana ada ibu yang tak sakit ketika melahirkan anak..."

Pengorbanan seorang ibu ketika mengandung dan melahirkan adalah satu keajaiban yang sukar untuk dijawab. Dan tidak ada ibu yang serik untuk mengandung lagi. Ianya satu hutang untuk kita lunaskan apabila kita dewasa. Cara untuk melunaskan hutang itu sebenarnya mudah saja... Hanya dengan mendengar ketika dia hendak berkata2 dan hadirkan diri ketika dia memerlukan kita. Tetapi selalunya perkara yang mudah itulah yang terlalu sukar untuk lakukan. Sebagai seorang isteri, suami lah di dahulukan. Dan sebagai seorang suami.. sudah tentu si ibu wajib di dahulukan. Namun ia memerlukan satu persefahaman antara suami dan isteri. Adakalanya, si suami terlupa yang dia mempunyai isteri waktu dia bersama ibunya. Dan adakalanya dia juga terlupa yang dia masih mempunyai ibu waktu dia bersama isterinya. Dari itu sebenarnya sebagai seorang isteri, kita perlu melepaskan suami apabila dia cuba untuk membalas segala jasa ibunya selama ini.

Tapi sudah tentu ada ketikanya, terdetik dihati jahat kita.."kita pun ada ibu kita sendiri...tapi kita tak mampu untuk memberikan masa kita untuknya kerana kita perlu memberi masa kita untuk suami kita bersama ibunya.." Tapi selalunya kita cuba membuat kesimpulan sendiri... semoga satu hari nanti anak-anak kita akan mencontohi ayahnya. Dan itulah yang selalu saya harapkan.

Saya pernah terbaca dalam satu artikel. begini bunyinya

"Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibubapanya apabila dia sendiri menpunyai anak. Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua-dua ibubapa yang telah tua, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita pula"..

Kata-kata itu sangat terkesan dihati saya. Saya berdoa agar saya dapat membalas jasa kedua orang tua saya semampu saya. Mak, maaf seandainya banyak kesalahan yang dilakukan, Abah.. walaupun sudah tiada , kasih sayang mu akan terus bersemadi di dalam hati ini.

Sekadar petikan dari seorang penulis:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibubapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka buka "liabiliti" tetapi sebenarnya aset untuk kita. Rugi betul siapa yang mempunyai ibubapa yang telah tua tapi mengabaikannya"

"Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka sangat mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka berkekalan. benarlah sepertimana sabda Rasulullah S.A.W, keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibubapa"

Dari itu marilah kita tanamkan sifat kasih sayang kepada mereka... Semoga Allah mengampuni kita semua... Aminnn..

Jumaat, 4 September 2009

Aku Mahu Tinggalkan Dunia

Salam Ramadhan untuk smua....
Baru-baru ini saya ade terbaca dalam mastika keluaran bila saya tak ingat. Tetapi cerita yang disampaikan oleh majalah itu betul menyentuh perasaan saya.. sehingga saya terfikir tak mungkin ada wanita yang dilahirkan seistimewa itu. Saya ingin berkongsi bacaan saya itu kepada semua.. tetapi seandainya kalian semua pernah terbaca atau terdengar cerita ini, jadikanlah ia satu lagi wadah yang boleh mendidik jiwa kita sempena Ramadhan al Mubarak ini...Ikutilah kisahnya....

"SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak ternampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"

Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"

Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..."

Itulah petikan yang saya baca baru-baru ini. Setiap kali aku membacanya pasti ada segenang airmata muncul dimataku... Beruntungnya wanita ini di lahirkan sebagai puteri Rasulullah S.A.W.. wanita ini sudah tentu Fatimah Az-Zahra....Wanita yang telah dijanjikan Allah syurga.

Waktu-waktu ini saya terfikir... agak-agaknya dimanakan tempat aku nanti. Ya Allah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini... Aminnnnn...

Khamis, 13 Ogos 2009

Inilah Hidup...

Salam Syaaban Semua,

Hari ini sudah 22 Syaaban dan tak lama lagi kita semua akan menyambut Ramadhan al Mubarak. Bulan-bulan untuk kita mengumpul sebanyakmana pahala dan menghindari perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Diharap saya juga mampu melakukan aper yang terbaik di bulan yang terbaik dari seribu bulan ini.. Insya Allah.

Baru-baru ini saya telah dimasukkan ke Wad Berlian di HUKM Cheras kerana telah mendapat tekanan darah tinggi yang kronik... 160/90.. saya sendiri pun tak sangka sebab sebelum ini tak pernah saya mendapat tekanan darah setinggi itu. Oleh kerana keadaan saya yang sedang mengandung ketika ini maka saya perlu mendapatkan rawatan segera supaya tidak memudaratkan anak di dalam kandungan. Dan kebetulan pula waktu kemasukkan saya ke HUKM, ketika itu HUKM sedang dalam kuarantin untuk HINI.. Memang menakutkan. Hingga hari ini saya masih lagi di dalam pemantauan doktor, saya perlu membuat ujian tekanan darah setiap 2 hari sekali.

Saya menginap di Wad selama 5 hari 4 malam (macam pakej cuti2 Malaysia lah pulak kan). Saya tidak dibenarkan terlalu aktif ketika itu, maknanya saya perlu berehat secukupnya ketika berada di Wad itu. Alhamdulillah, masuk hari ke 2, tekanan darah semakin stabil dan baik. Walaumacamanapun saya tetap di pantau setiap 4 jam. Seksa juga dipaksa berehat sepanjang masa.. sedangkan waktu di luar waktu rehatlah yang sentiasa diburu.

Selama 5 hari di HUKM saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang berjiran dengan saya di Wad itu, dan salah seorang darinya ialah seorang perempuan berbangsa Cina, Umur dalam 40an dan menginap Kanser Ovari. Ceritanyer dia seorang yang aktif bersukan (badannya nampak sihat dan maintain), dan seorang yang amat menjaga kesihatannya. tapi tahun lepas (2008) dia terlepas satu check up untuk Pap Smear, Katanya dia tidak pernah terlepas ujian itu sejak dari tahun 1997, tapi tahun lepas dia telah ke Australia untuk menziarahi anak dan menantunya ke sana. Dan tak sangka Disember tahun lepas dia telah mengidap Kanser Ovari tahap ke 3. Maknanya dalam masa setahun sahaja kanser itu telah memusnahkan hidupnya. dan waktu saya berjumpa dengannya itu dia telah pun menjalani pembedahan dengan membuang seluruh rahimnya. Tapi dia masih kelihatan positif dan ceria. Namun doktor memberitahunya yang sel2 kanser itu masih hidup dan dia perlu menjalani kimoterapi selepas ini. Tapi saya masih ingat lagi katanya "Aunty bersyukur sebab anak2 sudah besar dan boleh menjaga diri sendiri, kalau Tuhan mahu ambil nyawa aunty pun tak kisah sebab aunty dan puas hati dengan hidup aunty" sambil tersenyum. Saya sendiri kelu berkata2 bila itu yang diucapkan pada saya. Saya doakan agar dia kuat menghadapi dugaan hidupnya...
Itu kisah hidup seorang perempuan yang telah menyerahkan dirinya dengan sepenuhnya pada Tuhan....Walaupun dia bukan seorang Islam tapi saya tetap kagum dengan semangat hidupnya.

Kemudian, saya berkenalan pula dengan seorang perempuan yang hamil 8 bulan tetapi di sahkan pengidap Tekanan Darah Tinggi Kronikal seperti saya, tekanan darahnya tidak pernah stabil. sekejap naik dan sekejap turun, suami bertugas di Sabah dan jarang berjumpa. Dia sering dikunjungi sepupunya kerana dia juga tidak mempunyai ibu dan ayah lagi. Tapi yang paling menyedihkan hati saya ialah, anak dalam kandungannya tidak bergerak, jantung semakin perlahan dan doktor memberitahu yang ada pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Dan diwaktu saya meninggalkan wad tersebut dia telah dibawa ke bilik pembedahan dan saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Saya berdoa agar dia tetap tabah menghadapi dugaan dari Nya. Kerana Allah s.w.t. hanya akan menduga pada mereka yang boleh menghadapi dugaan Nya.

Dan banyak lagi sebenarnya yang telah dapat saya pelajari sepanjang saya berada di Wad itu. Betapa pentingnya kesihatan, bukan setakat kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan rohani kita sendiri. Dan kekuatan itu bukan sepenuhnya datang dari fizikal kita tetapi ia dikawal terus oleh rohani kita sendiri.

Saya bersyukur dan mengenali manusia-manusia ini. Dan semoga mereka terus berjuang untuk kehidupan mereka sendiri. Aminnn...

Jumaat, 5 Jun 2009

6 mingguuuu....

Assalamualaikum wrh. wbkt.

Lama sungguh aku tak update blog nie.. Bukan aper tak sempat lah..

Aper citer terbaru... ni nak citer.

Insya Allah bulan January 2010, bertambah lagi seorang umat Muhammad S.A.W di muka bumi Allah ni... Aku bersyukur.

Usia kandungan?.... baru lagi dalam 6 minggu... Kat bawah nie.. gambar ilustrasi 3d yg aku amik dari internet. Itulah kekuasaan Allah kan.. mengikut yang aku baca sekarang nie dia amat kecil hanya sebesar coklat rice yang ade kat kek tu.. kecik kan.




6 Weeks Pregnant
6 Weeks Pregnant

Buat masa ini, jantina pun kita belum dapat tentukan... kecuali Dia shj yang tahu. Harapan aku? Tak kisah lelaki atau perempuan, aku berdoa agar dia sempurna dan sihat.. dan yang penting semoga hidupnya di rahmati Allah s.w.t.

Aku sekarang nie aduhai, dalam usia mencecah 36 tahun oktober ini, untuk menjadi seorang ibu untuk seorang lagi kelahiran memang menduga. Doktor dah warning aku siap2, pemakanan kena jaga.. yelahkan takut Darah tinggi, Kencing manis dsbgnya. Kata doktor, diusia aku nie, penyakit mudah hinggap.

Morning sicknes... aduh itu satu lagi. Kali nie aku rasa agak tercabar, cepat letih, selalu kembung, muntah jgn critelah, aku harap cepatlah situasi berlalu. Namun itu dugaanNya kan... setiap kali mengandung, pengalaman sudah pasti berbeza. Insya Allah lepas nie aku akan updatekan setiap pengalaman aku yang baru. Tungguu..... Doakan agar aku kuat menghadapi dugaanNya.. Aminnnn....

Jumaat, 13 Mac 2009

SELAMAT HARI LAHIR ABANG

Hari ini 13 March, Hari lahir kekasih hatiku... bertambah lagi umur kita kan....
Nor Doakan agar Abang sentiasa diberkati Allah S.W.T. Dan semoga Hubungan kita berdua akan sentiasa indah dilimpahi kurniaNya.

Rabu, 18 Februari 2009

Demi Masa...

Hmm... lama betul aku tak update blog nie... Sepanjang January lepas.. terasa tak menang tangan menghadapi kesibukan di pejabat dan di rumah. Tahun ini Amin start sekolah... dah darjah satu anak aku yang satu tu... Aiman pulak dah pun Darjah tiga.. Umur pun semakin meningkat tanpa kita sedari. Hakikat yang kalau boleh nak dilambat kan .. hehehehe...


Aiman dan Amin di khatankan bersama sepupu di kampung... pengalaman yang amat menarik...







Hari pertama bersekolah... Muhammad Amin MohdRizal...Seronok katanyer... Alhamdulillah... tak lama kami tunggu dia... hari pertama dah boleh tinggalkan sendirian..



Gambar terbaru mereka bertiga... Penawar Hati Ayah dan Ibu....










Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...