Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Selasa, 30 Disember 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Setiap kali sambutan Tahun Baru dibuat, kita semua pun mulalah dengan azam tahun baru... tapi kadang tu azam tahun lepas pun tak dapat kita sempurnakan dengan lengkap. Kenapa yek?.. mungkin kita tidak cukup bertekad untuk mencuba untuk berubah.

Perubahan itu bukanlan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan... samada diri kita sendiri atau suasana sekeliling kita. Ada masa kita berani untuk berubah tetapi apabila keadaan sekeliling kita tidak menyokong perubahan kita... kita akan kembali semula pada keadaan kita yang asal, itulah manusia...

Tetapi ada juga yang berjaya melakukan perubahan yang di ingini, diri sendiri berani menghadapi segala risiko tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling kita. Bila di kaji semula... pokok pangkalnya adalah... Diri kita sendiri...

Apa azam tahun baru aku pula?. aku berazam agar aku boleh memperbaiki nilai kualiti hidup aku dalam mengabdikan diri pada Mu Ya Allah. Tidak berkualitikah hidup aku yang sudah?..... Aku rasa ada yang kurang... semoga aku berjaya melakukan nya... Untuk Suami tercinta, semoga kita bersama2 menghadapi cabaran yang bakal kita tempuhi sepanjang tahun 1430 H ini. Bahang cabarannya sudah mula terasa... semoga kita tabah, kuat dan sentiasa berfikiran positif. Untuk anak2ku... semoga tahun ini kalian akan semakin matang dalam menempuhi hidup kalian sendiri...Alam Persekolahan juga sebenarnya penuh dengan pilihan dan perubahan .. Ibu doakan agar pilihan dan perubahan kamu akan membawa kejayaan dalam hidup kamu....

Salam Maal Hijrah Untuk Semua!

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...