Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Jumaat, 10 Oktober 2008

Sebulan Beraya?

Salam semua...
Aku amat bersyukur kerana kita semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali dan menjalankan tugas seperti biasa. Biasalah sepanjang Syawal ini kita akan di hujani dengan jemputan2 rumah terbuka dan ada juga jemputan walimatul urus. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal jemputan2 itu.

Alhamdulillah, anak2 aku berjaya menamatkan puasa Ramadhan sepenuhnya (pada aku laa..hehehe). Tapi bila tiba 1 Syawal, bila ayah cu, ayah de dan ayah lang mereka menghulurkan angpau raya, anak2 ku yang 2 orang tu bersuara "Ibu, ibu, kita dah puasa 30 hari kan jadi kita raya pun 30 hari kan?" aku tersenyum sambil membetulkan pernyataan itu..bukan 30 hari tapi 29 hari jer.. sebab syawal ade 29 harijer...

Mereka diam, tapi amin pulak bersuara "Ibu,, ari tu ayahlang, ayahder, ayahcu janji nak kasik duit raya banyak kat kita bila kita puasa penuhkan.. tapi kenapa samer jer ngan Aini sebab aini tak puasa pun dapat gak ker?" Tula kan.. jangan suka berjanji dengan bebudak nie...

Aku bersyukur akhirnya kita dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh sederhana dan kesyukuran. Walaupun kali ini budget taklah meriah sangat tapi anak2ku seronok skali kulihat. Itupun sudah cukup menggembirakan kami. Dan kali ini walaupun hari raya di sambut dengan ketiadaan orang yang istimewa dalam hidupku.. itu cukup mengisafkan aku. HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH MAMPU MEMBALAS SENYUMAN KITA, SELAGI MEREKA MAMPU MENYAMBUT SALAM KEMAAFAN DARI KITA.

Dan kali ini juga aku dapat ke Taiping menziarahi kakak sulong aruah abah, adik kembar aruah abah dan spupu2 di sebelah aruah abah. Aku berharap agar silaturrahim yang mereka hulurkan kepada kami sekeluarga tidak akan putus walaupun ketiadaan abah lagi. Ya Allah rindunyer aku dengan ABAH....

Salam Aidilfitri semua .. tapi sebulan ker kita beraya? Tapi pada aku walaupun hanya di bulan Syawal kita menyambut Aidilfitri tapi sebenarnya selagi kita masih bernyawa.. Salam kemaafan itu sentiasa akan terbuka walaupun bulan syawal akan berlalu pergi.

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...