Jom Follow sayer.....:)

Rabu, 27 Ogos 2008

Minggu Dugaan Untuk Aku....

Lama sungguh aku tak jenguk blog nie, emmm.... ye la macam2 terjadi minggu nie. Di opis dgn Convocation (jadi committee). ye laa inilah masa untuk aku mengenali kawan2 yang lain yg terlibat dengan majlis seperti ini.


Tapi sebelum tu.. Aku kehilangan seorang insan yang memberi makna dalam hidup ku. Dari umurku 3 tahun aku hidup bersama dia, Allahyarham Tuk Su Kamariah (atok) sehinggalah aku melangkah ke alam pekerjaan.. selepas itu aku berpindah ke rumah abah dan mak. Atok yang banyak membentuk personaliti aku, seorang yang berani bersuara, tegas dan sabar.
Atok... belum puas rasanya aku ingin bersama dia, dia pergi meninggalkan aku buat selamanya. Kesebukan aku dengan keluarga sendiri, mak abah, mertua dan kerja menyebabkan aku begitu jarang sekali menjenguk dia di kampung, walaupun kami sering bertemu tapi pertemuan itu amat singkat.

Benar...aku benar2 terkilan bila diberitahu dia telah pergi selamanya. 19 August 2008 bersamaan 17 Syaaban 1429H, selepas maghrib, aku diberitahu yang dia telah pergi selamanya. Rasa luluh seluruh jiwaku bila mendengar berita itu. Mak Su begitu tenang memberitahu yang atok dah tiada melalui corong telefon bimbitku, dan ketika itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk balik ke kampung setelah mendengar berita keuzurannya.

Pada hari ahad sebelum itu aku sempat mencium tangannya ketika aku berjumpa dia di kampung. Itulah kali terakhir aku melihat dia tersenyum... Atok, along pasti akan merinduimu...

Aku kuatkan hati dan perasaan untuk memberikan khidmat terakhirku pada atok, Inilah saja yang mampu along lakukan.... dia dikebumikan di tanah perkuburan islam Kpg Teluk Piai, Kuala Selangor.

Atok.. walaupun along tahu tak mungkin lagi kita bertemu... tapi sebenarnya kasih sayang yang kau limpahkan pada ku tiada tolok bandingnya. Namun yang lebih aku terkilan, aku tidak sempat membalas semua jasa yang telah dia berikan pada aku.


Tapi kita sebagai hambaNya harus redha dengan ketentuanNya. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana menjadi manusia yang pernah berada di bawah didikannya.


Atok, Semoga Ruhmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman...AL FATIHAH...

Isnin, 11 Ogos 2008

080808 vs 100808

Wow... Olympik di Beijing amik tarikh nie sebab memang chinese begitu obses dengan tarikh tersebut. Tapi kita, tak der hal laa... apa2 tarikh pun, we have to be the best (like our beloved prophet said...).

Tapi tula laa.. ade gak orang yang suka mik tarikh canggiih2 camtu supaya senang nak ingat. Takyah tulih dalam diary.. ingat jer nombor tu ingatlah tarikh spesel dorang.

Aku laks.... aper ekk...

oh yer, semalam (100808) Hari Lahir Aiman yang ke 8 tahun... Happy Birthday Aiman.... Ibu and Ayah love you forever... wowo dah 8 tahun dah anak aku ... selama itulah kau lihat dia membesar.. Insya Allah this coming november, berkhatanlah dia... dah tak sabar dah... kata dia " kita nak jadi macam Pak long Fikrie...(spupu aku laa)" tinggi, ensom and man look....

His dah ade angan2 anak aku tu.... apa2 pun ibu harap dan doakan, Aiman juga akan jadi anak yang Soleh.... bakal membimbing adik2 yang lain ke jalan yang di redhai Allah s.w.t Aminnnn....

Insya Allah hari Rabu nanti kami akan sambut hari lahir nyer itu... semalam tak dapat, sekadar wish jer kat dia.. sebuk tanya kek... nanti ibu belikan yek....

Sayang Aiman...

Rabu, 6 Ogos 2008

Hah! Skandal....

Semalam, dalam perjalanan aku ke pejabat, biasalah Hot FM jadi peneman setia ku dalam keta, FAFAU and FBI, the best Deejay yang pernah aku dengar, jadi bolelah sengih2 sorang dalam keta. Tapi lain yang jadi semalam, aku dengar satu topik yang diorg bawa pagi tu... SKANDAL...

Huh.. suspen tu... dah bersuami tapi masih berkeinginan untuk berhubungan dengan org lain.

Mulanya cam pelik jer.. tapi bila dgr sebenar2nya, tak boleh nak salahkan 100% kat si isteri... yelakan.. bila dah selalu ditinggalkan dah tu tak bagi perhatian kat dia langsung.. jadi si isteri sunyi dah lah belum dikurniakan cahaya mata..

Tapi korang ingat tak dulu2, org tua2 kata " sayang kan anak tangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan", aku rasalah kata2 tu dah tak boleh pakai langsung. Anak2 kalau dah asyik di pukul bantai nanti, dia taknak duduk umah, mau lari tinggalkan mak ayah, apatah lagi isteri, janganlah over2 ditinggalkan. Teringat dengan kata2 sorang ustaz (masa dengar ceramah dialah) Isteri tu letaknya di sisi suami, isteri memang fitrahnya ingin selalu dekat ngan suami.

Jadi jgnlah salah anggap pula bila isteri tu merajuk sebb asyik kena tinggal. Bukan kami nie mengada-ngada atau manja.. cuma itulah fitrah kami, bila dekat dengan suami semangat tu tinggi sikit.

Sebab tu, kadang isteri tak kisah suami tu duduk goyang kaki kat umah,asyik baca paper atau tidur sepanjang masa.. janji dia tak tinggalkan umah melepak kat tempat lain. Dia rela...itulah isteri...sebab dimatanya suami itu penyejuk hatinya...cakap betul ni.

Jadi pada sesiapa yang selalu sangat meninggalkan isteri tu, pandai2 lah pujuk hati isteri tu. Dan si isteri pula kalau asyik kena tinggal tu, lapangkanlah hati .. sebab si suami pergi mencari rezeki, doakan keselamatan dia pergi dan balik (nasihat utk diriku jugak nie...hehehe). Sebenarnya kalau diberi pilihan dia pun taknak tinggalkan kita...

Berbalik soal skandal pulak, cubalah fikir disebalik... kalu si suami/si isteri kita yang menduakan kita... adakah kita mampu menghadapinya. ingatlah pulak balasan yang bakal kita terima nanti, bukan di dunia tapi di SANA nanti... mampukah kita menerimanya. Kalau mampu teruskanlah... tapi jgn menyesal nanti.

"Ya Allah, aku mohon padamu agar lapangkanlah hati ini untuk menghadapi segala dugaan yang kau beri... Amin..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang