Rabu, 24 September 2008

Salam Aidil Fitri

Alhamdulillah, walaupun masih ada 6 hari lagi untuk kita menyambut Aidil Fitri. Melakukan Ibadah Puasa dengan penuh rendah hati. Iyalah kan kita mana tahu mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kita, seperti mana aruah atuk pernah suarakan sebelum pemergiannya dulu, "Tak tahu lagi, entah2 tahun depan atuk tak dapat sambut puasa dengan kamu semua..." dia pernah bersuara begitu waktu kami berbuka puasa bersama2 tahun lepas. Rupa2nya apa yang dikatakannya itu menjadi kenyataan. Siapa tahu kan?

Aiman dan Amin, alhamdulillah berjaya melakukan ibadah ini tanpa keluhan. Aku benar2 bersyukur kerana tidak susah mendidik mereka melakukan ibadah yang satu ini. Cuma tahun ini Sahur dan Berbuka kami begitu meriah, bukan kerana juadahnya tapi kerana perangai dan keletah mereka. Aini adalah orang yang paling sebuk ketika berbuka.. macamlah dia berpuasa, tapi dia pun sama berdoa dan mengaminkan doa, makan kurma dan minum air. Tak tahulah tahun depan dapatkan kami bersama seperti ini. Namun aku berdoa agar dapat kami suami isteri melihat mereka membesar hingga dewasa agar mereka masih boleh dibimbing dan diberikan didikan. Tetapi seandainya masa telah sampai aku doakan agar mereka selamat di dunia dan akhirat.

Pada tahun ini, aku tidak dapat bersama dengan 2 orang tersayang (Abah dan Atok), mereka berdua adalah orang2 yang istimewa dalam hidup aku. Abah, dapat aku rasakan aku adalah anak yang paling rapat dengannya. Segala susah payahnya diceritakan pada aku. Dan pendapat akulah yang selalu diminta olenya. Tapi kini dia sudah tiada lagi.. Memang aku kehilangannya.

Atok pula, aku membesar di depannya. Kelemahan dan kekuranganku sering menjadi tegurannya. Tapi sekarang dia juga sudah tiada...

Hanya Doa yang mampu kuberi...


Salam Aidilfitri kali ini, ingin aku tujukan buat semua yang mengenali aku, orang2 yang memberikan kasih sayang pada ku, tak terbalas budi kalian.


Maaf ku pinta, seandainya selama ini ada yang terlanjur bicara dan perbuatan.

Salam Aidil Fitri Buat Semua.

1 ulasan:

  1. sebak pula rasanya, Semoga gembira di Hari Raya ini...the sky is blue, may Allah Bless you!

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...