Rabu, 27 Ogos 2008

Minggu Dugaan Untuk Aku....

Lama sungguh aku tak jenguk blog nie, emmm.... ye la macam2 terjadi minggu nie. Di opis dgn Convocation (jadi committee). ye laa inilah masa untuk aku mengenali kawan2 yang lain yg terlibat dengan majlis seperti ini.


Tapi sebelum tu.. Aku kehilangan seorang insan yang memberi makna dalam hidup ku. Dari umurku 3 tahun aku hidup bersama dia, Allahyarham Tuk Su Kamariah (atok) sehinggalah aku melangkah ke alam pekerjaan.. selepas itu aku berpindah ke rumah abah dan mak. Atok yang banyak membentuk personaliti aku, seorang yang berani bersuara, tegas dan sabar.
Atok... belum puas rasanya aku ingin bersama dia, dia pergi meninggalkan aku buat selamanya. Kesebukan aku dengan keluarga sendiri, mak abah, mertua dan kerja menyebabkan aku begitu jarang sekali menjenguk dia di kampung, walaupun kami sering bertemu tapi pertemuan itu amat singkat.

Benar...aku benar2 terkilan bila diberitahu dia telah pergi selamanya. 19 August 2008 bersamaan 17 Syaaban 1429H, selepas maghrib, aku diberitahu yang dia telah pergi selamanya. Rasa luluh seluruh jiwaku bila mendengar berita itu. Mak Su begitu tenang memberitahu yang atok dah tiada melalui corong telefon bimbitku, dan ketika itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk balik ke kampung setelah mendengar berita keuzurannya.

Pada hari ahad sebelum itu aku sempat mencium tangannya ketika aku berjumpa dia di kampung. Itulah kali terakhir aku melihat dia tersenyum... Atok, along pasti akan merinduimu...

Aku kuatkan hati dan perasaan untuk memberikan khidmat terakhirku pada atok, Inilah saja yang mampu along lakukan.... dia dikebumikan di tanah perkuburan islam Kpg Teluk Piai, Kuala Selangor.

Atok.. walaupun along tahu tak mungkin lagi kita bertemu... tapi sebenarnya kasih sayang yang kau limpahkan pada ku tiada tolok bandingnya. Namun yang lebih aku terkilan, aku tidak sempat membalas semua jasa yang telah dia berikan pada aku.


Tapi kita sebagai hambaNya harus redha dengan ketentuanNya. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana menjadi manusia yang pernah berada di bawah didikannya.


Atok, Semoga Ruhmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman...AL FATIHAH...

2 ulasan:

  1. "Setiap yang bernyawa pasti akan mati..." itulah kata2 yg abg saya luahkan ketika menyampaikan berita kematian bapa..Semoga Ruh org2 yg tersayang di golongkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...kita yg tinggal hanya mampu bersabar mendoakan dan menghadiahkan amalan buat mereka..Takziah buat awak. Al-Fatihah

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...