Rabu, 6 Ogos 2008

Hah! Skandal....

Semalam, dalam perjalanan aku ke pejabat, biasalah Hot FM jadi peneman setia ku dalam keta, FAFAU and FBI, the best Deejay yang pernah aku dengar, jadi bolelah sengih2 sorang dalam keta. Tapi lain yang jadi semalam, aku dengar satu topik yang diorg bawa pagi tu... SKANDAL...

Huh.. suspen tu... dah bersuami tapi masih berkeinginan untuk berhubungan dengan org lain.

Mulanya cam pelik jer.. tapi bila dgr sebenar2nya, tak boleh nak salahkan 100% kat si isteri... yelakan.. bila dah selalu ditinggalkan dah tu tak bagi perhatian kat dia langsung.. jadi si isteri sunyi dah lah belum dikurniakan cahaya mata..

Tapi korang ingat tak dulu2, org tua2 kata " sayang kan anak tangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan", aku rasalah kata2 tu dah tak boleh pakai langsung. Anak2 kalau dah asyik di pukul bantai nanti, dia taknak duduk umah, mau lari tinggalkan mak ayah, apatah lagi isteri, janganlah over2 ditinggalkan. Teringat dengan kata2 sorang ustaz (masa dengar ceramah dialah) Isteri tu letaknya di sisi suami, isteri memang fitrahnya ingin selalu dekat ngan suami.

Jadi jgnlah salah anggap pula bila isteri tu merajuk sebb asyik kena tinggal. Bukan kami nie mengada-ngada atau manja.. cuma itulah fitrah kami, bila dekat dengan suami semangat tu tinggi sikit.

Sebab tu, kadang isteri tak kisah suami tu duduk goyang kaki kat umah,asyik baca paper atau tidur sepanjang masa.. janji dia tak tinggalkan umah melepak kat tempat lain. Dia rela...itulah isteri...sebab dimatanya suami itu penyejuk hatinya...cakap betul ni.

Jadi pada sesiapa yang selalu sangat meninggalkan isteri tu, pandai2 lah pujuk hati isteri tu. Dan si isteri pula kalau asyik kena tinggal tu, lapangkanlah hati .. sebab si suami pergi mencari rezeki, doakan keselamatan dia pergi dan balik (nasihat utk diriku jugak nie...hehehe). Sebenarnya kalau diberi pilihan dia pun taknak tinggalkan kita...

Berbalik soal skandal pulak, cubalah fikir disebalik... kalu si suami/si isteri kita yang menduakan kita... adakah kita mampu menghadapinya. ingatlah pulak balasan yang bakal kita terima nanti, bukan di dunia tapi di SANA nanti... mampukah kita menerimanya. Kalau mampu teruskanlah... tapi jgn menyesal nanti.

"Ya Allah, aku mohon padamu agar lapangkanlah hati ini untuk menghadapi segala dugaan yang kau beri... Amin..."

3 ulasan:

  1. K izan...sy memang setuju..Kita perlukan hubby bukan duitnye

    BalasPadam
  2. tu laa kan CD, tapi kalu tak der duit camner lak?

    BalasPadam
  3. hubby n duit penting...tp of course insan yg disayangi lebih penting...

    cume berbalik pasal skandal,

    dengan ini saya menyeru org ramai supaya membantah pandangan kak izan! hehehehe...

    gurau je...betul la tu..cumanya, itu salah satu sbb mengapa keretakan berlaku dalam rumah tangga..

    kadang2 kalau jiran sebelah umah wat renovation umah dia, umah kita pun bleh retak gak...huhuhuhu...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...