Selasa, 29 Julai 2008

Aduh ... Masa itu Emas

Betulah pepatah berkata "Masa itu Emas" - "Time is Gold", Itulah perkara yang selalu aku hadapi bila berdepan dengan anak-anak. Yela kan kita nie ibu yang bekerja.. jadi masa tu selalunya penuh dengan macam2 aktiviti rumahtangga. Kadang tu masa ngan anak amatlah berharga apatah lagi hubungan bersama suami. Kdang tu teringin gak nak berdua-duan macam masa mula2 kahwin (hehehe..) betulla kan.
Tapi nak cari masa tu, payah sungguh. Kadang tu bila sabtu, ahad.. balik kampung (almaklumlah kpg dekat), ziarah mak n ayah (dua2 belah pihak), Syian gak ngan anak2 kehulu ke hilir mengikut ke mana kami pergi.
Aiman pernah juga kata " Ibu kita nak duduk kampunglah, nanti ibu ngan ayah datang tengok kita kat kampung..."
Aduh lemah rasanya biler dengar anak cakap camtu, Tak perlah Man .. ibu ngan ayah akan jaga kamu selagi termampu. Tak nak menyusah atuk ngan wan kamu kat kampung.. Diorang pun bukannya sihat sangat. Nenek pun teringin nak jaga diorang tapi takperlah mak.. biarlah kami merasa bagaimana susahnya membesarkan anak sendiri. Bukan nak menyombong atau berlagak, tapi aperlah salahnya kita menimba ilmu yang tak mungkin kita dapat dengan cara yang lain selain merasa dengan sendiri.
Nasib baik lah suami pun membantu, takderlah stress sorang2.
Tapi tu la, berbalik pada masa. Pernah juga terlintas dalah hati nak berhenti kerja jer... Tapi entah belum lagi kot.. Insya Allah satu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...