Selasa, 30 Disember 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Setiap kali sambutan Tahun Baru dibuat, kita semua pun mulalah dengan azam tahun baru... tapi kadang tu azam tahun lepas pun tak dapat kita sempurnakan dengan lengkap. Kenapa yek?.. mungkin kita tidak cukup bertekad untuk mencuba untuk berubah.

Perubahan itu bukanlan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan... samada diri kita sendiri atau suasana sekeliling kita. Ada masa kita berani untuk berubah tetapi apabila keadaan sekeliling kita tidak menyokong perubahan kita... kita akan kembali semula pada keadaan kita yang asal, itulah manusia...

Tetapi ada juga yang berjaya melakukan perubahan yang di ingini, diri sendiri berani menghadapi segala risiko tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling kita. Bila di kaji semula... pokok pangkalnya adalah... Diri kita sendiri...

Apa azam tahun baru aku pula?. aku berazam agar aku boleh memperbaiki nilai kualiti hidup aku dalam mengabdikan diri pada Mu Ya Allah. Tidak berkualitikah hidup aku yang sudah?..... Aku rasa ada yang kurang... semoga aku berjaya melakukan nya... Untuk Suami tercinta, semoga kita bersama2 menghadapi cabaran yang bakal kita tempuhi sepanjang tahun 1430 H ini. Bahang cabarannya sudah mula terasa... semoga kita tabah, kuat dan sentiasa berfikiran positif. Untuk anak2ku... semoga tahun ini kalian akan semakin matang dalam menempuhi hidup kalian sendiri...Alam Persekolahan juga sebenarnya penuh dengan pilihan dan perubahan .. Ibu doakan agar pilihan dan perubahan kamu akan membawa kejayaan dalam hidup kamu....

Salam Maal Hijrah Untuk Semua!

Isnin, 17 November 2008

Pengalaman Ini...

Salam Semua...

Dah lama aku tak update blog nie... tak sempat laa

Since ade mase sikit nie, aku cuba menceritakan sikit sebanyak kehidupan yang aku lalui baru2 ini.


BEKAM - baru2 nie aku try satu alternatif baru dlm perubatan tradisional iaitu bekam. Sakit gak beb.. tapi lepas tu ade rasa kelainan jugak.. Mungkin lain orang lain rasanya.. nanti aku citer korang kata tipu lak... Tapi kesimpulannya cuba rasai pengalaman ini.


AKUPUNCTURE - pun aku baru try.. nie sakit gak.. mungkin banyak sgt penyakit dalam badan nie kot... ye lah kan dah 35 tahun aku menggunakan tubuh ni, Harap2 masih boleh bertahan lagi sehingga anak2 aku dah dewasa dan menjalani hidup dengan sempurna... Insya Allah.


MENGISA - Ini juga pengalaman baru bagi aku, baru2 ini di support group under unit aku mengadakan latihan di Banting, Selangor. dan salah satu aktiviti yang dijalankan ialah mengisa. Mungkin ade di antara korang dah tahu apa itu mengisa.. tapi pada aku itulah pertama kali aku merasai pengalaman seorang nelayan yang mencari hasil di laut dgn kepanasan terik matahari, mereka mampu bertahan. tapi kami cuma berada di tengah panas itu hanya dalam 3 jam.. tapi dah rasa serik. Masing2 mengadu haus. mengisa nie adalah menjala.. tapi jalanya panjang... jadi dengan kudrat yang ada jalan itu akan di bawa ketengah sehinggalah paras bahu dan kemudian ditarik semula ke persisiran pantai... jadi ikan2, ketam, siput... dan daun2 kering akan tersangkut di jala. Tapi fasilitator kami tak lah bawa kami ketengah sangat.. dapat lah ikan kecil2 yang akhirnya dilepaskan semula ke laut.


PAHANG DAN TRENGGANU - Akhir bulan Oktober, baru2 ini jabatan kami telah mengadakan program di Pantai Cherating di salah sebuah resort di situ. Dan salah satu aktiviti yang diadakan ialah program lawatan. Di situ kami sempat mengunjungi Pusat Tamadun Islam Trengganu dan Pasar Payang. Oklah tapi cuma masa kami banyak terhabis di dalam bas kerana perjalanan dari Kuantan ke destinasi kami itu makan masa lebih krg 2 jam lebih.. Jadi hanya 2 tempat jer lah sempat kami kujungi. Sedangkan pada asalnyer kami juga akan ke Losong.. tp oleh krana kesuntukan masa.. ia di batalkan. Walau macam manapun kami bersyukur tiada masalah dalam perjalanan pergi dan balik.


Jumaat, 10 Oktober 2008

Sebulan Beraya?

Salam semua...
Aku amat bersyukur kerana kita semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali dan menjalankan tugas seperti biasa. Biasalah sepanjang Syawal ini kita akan di hujani dengan jemputan2 rumah terbuka dan ada juga jemputan walimatul urus. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal jemputan2 itu.

Alhamdulillah, anak2 aku berjaya menamatkan puasa Ramadhan sepenuhnya (pada aku laa..hehehe). Tapi bila tiba 1 Syawal, bila ayah cu, ayah de dan ayah lang mereka menghulurkan angpau raya, anak2 ku yang 2 orang tu bersuara "Ibu, ibu, kita dah puasa 30 hari kan jadi kita raya pun 30 hari kan?" aku tersenyum sambil membetulkan pernyataan itu..bukan 30 hari tapi 29 hari jer.. sebab syawal ade 29 harijer...

Mereka diam, tapi amin pulak bersuara "Ibu,, ari tu ayahlang, ayahder, ayahcu janji nak kasik duit raya banyak kat kita bila kita puasa penuhkan.. tapi kenapa samer jer ngan Aini sebab aini tak puasa pun dapat gak ker?" Tula kan.. jangan suka berjanji dengan bebudak nie...

Aku bersyukur akhirnya kita dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh sederhana dan kesyukuran. Walaupun kali ini budget taklah meriah sangat tapi anak2ku seronok skali kulihat. Itupun sudah cukup menggembirakan kami. Dan kali ini walaupun hari raya di sambut dengan ketiadaan orang yang istimewa dalam hidupku.. itu cukup mengisafkan aku. HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH MAMPU MEMBALAS SENYUMAN KITA, SELAGI MEREKA MAMPU MENYAMBUT SALAM KEMAAFAN DARI KITA.

Dan kali ini juga aku dapat ke Taiping menziarahi kakak sulong aruah abah, adik kembar aruah abah dan spupu2 di sebelah aruah abah. Aku berharap agar silaturrahim yang mereka hulurkan kepada kami sekeluarga tidak akan putus walaupun ketiadaan abah lagi. Ya Allah rindunyer aku dengan ABAH....

Salam Aidilfitri semua .. tapi sebulan ker kita beraya? Tapi pada aku walaupun hanya di bulan Syawal kita menyambut Aidilfitri tapi sebenarnya selagi kita masih bernyawa.. Salam kemaafan itu sentiasa akan terbuka walaupun bulan syawal akan berlalu pergi.

Rabu, 24 September 2008

Salam Aidil Fitri

Alhamdulillah, walaupun masih ada 6 hari lagi untuk kita menyambut Aidil Fitri. Melakukan Ibadah Puasa dengan penuh rendah hati. Iyalah kan kita mana tahu mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kita, seperti mana aruah atuk pernah suarakan sebelum pemergiannya dulu, "Tak tahu lagi, entah2 tahun depan atuk tak dapat sambut puasa dengan kamu semua..." dia pernah bersuara begitu waktu kami berbuka puasa bersama2 tahun lepas. Rupa2nya apa yang dikatakannya itu menjadi kenyataan. Siapa tahu kan?

Aiman dan Amin, alhamdulillah berjaya melakukan ibadah ini tanpa keluhan. Aku benar2 bersyukur kerana tidak susah mendidik mereka melakukan ibadah yang satu ini. Cuma tahun ini Sahur dan Berbuka kami begitu meriah, bukan kerana juadahnya tapi kerana perangai dan keletah mereka. Aini adalah orang yang paling sebuk ketika berbuka.. macamlah dia berpuasa, tapi dia pun sama berdoa dan mengaminkan doa, makan kurma dan minum air. Tak tahulah tahun depan dapatkan kami bersama seperti ini. Namun aku berdoa agar dapat kami suami isteri melihat mereka membesar hingga dewasa agar mereka masih boleh dibimbing dan diberikan didikan. Tetapi seandainya masa telah sampai aku doakan agar mereka selamat di dunia dan akhirat.

Pada tahun ini, aku tidak dapat bersama dengan 2 orang tersayang (Abah dan Atok), mereka berdua adalah orang2 yang istimewa dalam hidup aku. Abah, dapat aku rasakan aku adalah anak yang paling rapat dengannya. Segala susah payahnya diceritakan pada aku. Dan pendapat akulah yang selalu diminta olenya. Tapi kini dia sudah tiada lagi.. Memang aku kehilangannya.

Atok pula, aku membesar di depannya. Kelemahan dan kekuranganku sering menjadi tegurannya. Tapi sekarang dia juga sudah tiada...

Hanya Doa yang mampu kuberi...


Salam Aidilfitri kali ini, ingin aku tujukan buat semua yang mengenali aku, orang2 yang memberikan kasih sayang pada ku, tak terbalas budi kalian.


Maaf ku pinta, seandainya selama ini ada yang terlanjur bicara dan perbuatan.

Salam Aidil Fitri Buat Semua.

Rabu, 10 September 2008

Puasa..anak2ku

Salam semua...
Bila ingat semula zaman dolu2... waktu zaman kanak2ku.. bulan2 pose nie kadang tu kelakarlah juga... apatah lagi dengan kerenah anak2ku menjalani ibadah mulia nie... Cumer istimewanya kenangan aku, segalanya berlaku di kampung halamanku. Sehari berpuasa rasa terlalu lama, sampai lembik2lah badan.. lepas jer zuhur.. memang atuk suruh aku tidur.. sebab taknak dengar aku merengek mintak buka posa.
Nampak gayanya, anak2 aku lebih kuat berpuasa berbanding aku waktu dulu. Diorang hingga petang masih bertenaga.. cuma bila lagi 10 atau 15 minit nak berbuka, masing2 dah tak mampu nak senyum dah.. Si Amin dah mula merayu untuk berbuka. Nasib baiklah dia makan pujuk juga.. kalau tidak habis.. hehehe...
Aiman lak, masih maintain lagi.. harap2 dapatlah dia kekalkan carta posa penuh cam tahun lepas.. Amin buat masa nie belum tinggallah lagi.. cuma hari pertama posa dia give up lepas zuhur, itu pun bukan apa tak tahan dugaan sepupu yang kecil makan ais krim depan dia... takperlah nak , kamu baru nak mencuba.. tapi setakat 9 hari kemudiannya.. aku tengok dia semakin bersemangat.. alhamdulillah.. aku tak ade masalah besar mendidik mereka untuk menjalani rukun islam yang ke tiga nie...Waktu sahur pun tak ade masalah mengejut kan mereka.
Itulah kekuatan mereka.. Betapa hebatnya anak2 ini... Harap2 kehebatan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat..Amin...

Selasa, 2 September 2008

Ramadhan al Karim... Semua

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan kepada smua... Semoga Ramadhan kali ini kita lebih mendalami dan menikmati kehebatannya... Amin

Manalah tahu andainya...inilah Ramadhan yang terakhir buat kita....

Rabu, 27 Ogos 2008

Minggu Dugaan Untuk Aku....

Lama sungguh aku tak jenguk blog nie, emmm.... ye la macam2 terjadi minggu nie. Di opis dgn Convocation (jadi committee). ye laa inilah masa untuk aku mengenali kawan2 yang lain yg terlibat dengan majlis seperti ini.


Tapi sebelum tu.. Aku kehilangan seorang insan yang memberi makna dalam hidup ku. Dari umurku 3 tahun aku hidup bersama dia, Allahyarham Tuk Su Kamariah (atok) sehinggalah aku melangkah ke alam pekerjaan.. selepas itu aku berpindah ke rumah abah dan mak. Atok yang banyak membentuk personaliti aku, seorang yang berani bersuara, tegas dan sabar.
Atok... belum puas rasanya aku ingin bersama dia, dia pergi meninggalkan aku buat selamanya. Kesebukan aku dengan keluarga sendiri, mak abah, mertua dan kerja menyebabkan aku begitu jarang sekali menjenguk dia di kampung, walaupun kami sering bertemu tapi pertemuan itu amat singkat.

Benar...aku benar2 terkilan bila diberitahu dia telah pergi selamanya. 19 August 2008 bersamaan 17 Syaaban 1429H, selepas maghrib, aku diberitahu yang dia telah pergi selamanya. Rasa luluh seluruh jiwaku bila mendengar berita itu. Mak Su begitu tenang memberitahu yang atok dah tiada melalui corong telefon bimbitku, dan ketika itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk balik ke kampung setelah mendengar berita keuzurannya.

Pada hari ahad sebelum itu aku sempat mencium tangannya ketika aku berjumpa dia di kampung. Itulah kali terakhir aku melihat dia tersenyum... Atok, along pasti akan merinduimu...

Aku kuatkan hati dan perasaan untuk memberikan khidmat terakhirku pada atok, Inilah saja yang mampu along lakukan.... dia dikebumikan di tanah perkuburan islam Kpg Teluk Piai, Kuala Selangor.

Atok.. walaupun along tahu tak mungkin lagi kita bertemu... tapi sebenarnya kasih sayang yang kau limpahkan pada ku tiada tolok bandingnya. Namun yang lebih aku terkilan, aku tidak sempat membalas semua jasa yang telah dia berikan pada aku.


Tapi kita sebagai hambaNya harus redha dengan ketentuanNya. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana menjadi manusia yang pernah berada di bawah didikannya.


Atok, Semoga Ruhmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman...AL FATIHAH...

Isnin, 11 Ogos 2008

080808 vs 100808

Wow... Olympik di Beijing amik tarikh nie sebab memang chinese begitu obses dengan tarikh tersebut. Tapi kita, tak der hal laa... apa2 tarikh pun, we have to be the best (like our beloved prophet said...).

Tapi tula laa.. ade gak orang yang suka mik tarikh canggiih2 camtu supaya senang nak ingat. Takyah tulih dalam diary.. ingat jer nombor tu ingatlah tarikh spesel dorang.

Aku laks.... aper ekk...

oh yer, semalam (100808) Hari Lahir Aiman yang ke 8 tahun... Happy Birthday Aiman.... Ibu and Ayah love you forever... wowo dah 8 tahun dah anak aku ... selama itulah kau lihat dia membesar.. Insya Allah this coming november, berkhatanlah dia... dah tak sabar dah... kata dia " kita nak jadi macam Pak long Fikrie...(spupu aku laa)" tinggi, ensom and man look....

His dah ade angan2 anak aku tu.... apa2 pun ibu harap dan doakan, Aiman juga akan jadi anak yang Soleh.... bakal membimbing adik2 yang lain ke jalan yang di redhai Allah s.w.t Aminnnn....

Insya Allah hari Rabu nanti kami akan sambut hari lahir nyer itu... semalam tak dapat, sekadar wish jer kat dia.. sebuk tanya kek... nanti ibu belikan yek....

Sayang Aiman...

Rabu, 6 Ogos 2008

Hah! Skandal....

Semalam, dalam perjalanan aku ke pejabat, biasalah Hot FM jadi peneman setia ku dalam keta, FAFAU and FBI, the best Deejay yang pernah aku dengar, jadi bolelah sengih2 sorang dalam keta. Tapi lain yang jadi semalam, aku dengar satu topik yang diorg bawa pagi tu... SKANDAL...

Huh.. suspen tu... dah bersuami tapi masih berkeinginan untuk berhubungan dengan org lain.

Mulanya cam pelik jer.. tapi bila dgr sebenar2nya, tak boleh nak salahkan 100% kat si isteri... yelakan.. bila dah selalu ditinggalkan dah tu tak bagi perhatian kat dia langsung.. jadi si isteri sunyi dah lah belum dikurniakan cahaya mata..

Tapi korang ingat tak dulu2, org tua2 kata " sayang kan anak tangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan", aku rasalah kata2 tu dah tak boleh pakai langsung. Anak2 kalau dah asyik di pukul bantai nanti, dia taknak duduk umah, mau lari tinggalkan mak ayah, apatah lagi isteri, janganlah over2 ditinggalkan. Teringat dengan kata2 sorang ustaz (masa dengar ceramah dialah) Isteri tu letaknya di sisi suami, isteri memang fitrahnya ingin selalu dekat ngan suami.

Jadi jgnlah salah anggap pula bila isteri tu merajuk sebb asyik kena tinggal. Bukan kami nie mengada-ngada atau manja.. cuma itulah fitrah kami, bila dekat dengan suami semangat tu tinggi sikit.

Sebab tu, kadang isteri tak kisah suami tu duduk goyang kaki kat umah,asyik baca paper atau tidur sepanjang masa.. janji dia tak tinggalkan umah melepak kat tempat lain. Dia rela...itulah isteri...sebab dimatanya suami itu penyejuk hatinya...cakap betul ni.

Jadi pada sesiapa yang selalu sangat meninggalkan isteri tu, pandai2 lah pujuk hati isteri tu. Dan si isteri pula kalau asyik kena tinggal tu, lapangkanlah hati .. sebab si suami pergi mencari rezeki, doakan keselamatan dia pergi dan balik (nasihat utk diriku jugak nie...hehehe). Sebenarnya kalau diberi pilihan dia pun taknak tinggalkan kita...

Berbalik soal skandal pulak, cubalah fikir disebalik... kalu si suami/si isteri kita yang menduakan kita... adakah kita mampu menghadapinya. ingatlah pulak balasan yang bakal kita terima nanti, bukan di dunia tapi di SANA nanti... mampukah kita menerimanya. Kalau mampu teruskanlah... tapi jgn menyesal nanti.

"Ya Allah, aku mohon padamu agar lapangkanlah hati ini untuk menghadapi segala dugaan yang kau beri... Amin..."

Khamis, 31 Julai 2008

Sempurna...

VT ini kutujukan khas untuk hubby tercinta, semoga kasih sayang kita sekluarga akan terus diberkati yang Esa...

Selasa, 29 Julai 2008

Aduh ... Masa itu Emas

Betulah pepatah berkata "Masa itu Emas" - "Time is Gold", Itulah perkara yang selalu aku hadapi bila berdepan dengan anak-anak. Yela kan kita nie ibu yang bekerja.. jadi masa tu selalunya penuh dengan macam2 aktiviti rumahtangga. Kadang tu masa ngan anak amatlah berharga apatah lagi hubungan bersama suami. Kdang tu teringin gak nak berdua-duan macam masa mula2 kahwin (hehehe..) betulla kan.
Tapi nak cari masa tu, payah sungguh. Kadang tu bila sabtu, ahad.. balik kampung (almaklumlah kpg dekat), ziarah mak n ayah (dua2 belah pihak), Syian gak ngan anak2 kehulu ke hilir mengikut ke mana kami pergi.
Aiman pernah juga kata " Ibu kita nak duduk kampunglah, nanti ibu ngan ayah datang tengok kita kat kampung..."
Aduh lemah rasanya biler dengar anak cakap camtu, Tak perlah Man .. ibu ngan ayah akan jaga kamu selagi termampu. Tak nak menyusah atuk ngan wan kamu kat kampung.. Diorang pun bukannya sihat sangat. Nenek pun teringin nak jaga diorang tapi takperlah mak.. biarlah kami merasa bagaimana susahnya membesarkan anak sendiri. Bukan nak menyombong atau berlagak, tapi aperlah salahnya kita menimba ilmu yang tak mungkin kita dapat dengan cara yang lain selain merasa dengan sendiri.
Nasib baik lah suami pun membantu, takderlah stress sorang2.
Tapi tu la, berbalik pada masa. Pernah juga terlintas dalah hati nak berhenti kerja jer... Tapi entah belum lagi kot.. Insya Allah satu hari nanti.

Selasa, 22 Julai 2008

Ibu..Ayah temankanlah kita tidur.....

Hari nie pepagi lagi dah havoc, dlm kul 3 pagi Amin ke bilik kami, mintak teman kan dia tidur di bilik dia, padahal dia berkongsi bilik ngan abangnyer Aiman... Katanya mimpi Hantu..... hish budak nie... tu laa biler ibu suruh baca doa tidur .. dia main2. Last2 ayahnya pegi jugak teman kan dia.. Akhirnya sampai pagi dia tak mahulepas kan ayahnyer... manjernyer.....

Dulu masa Aiman nak membesar, dia pun camtu gak.. tengah2 malam mai kat bilik kami mintak teman kan dia tidur.. Agaknyer memang camtu kot...

Tapi itu kenangan yang bakal menjadi ceritera biler diorang dah besar nanti. Macammana pulak Aini nanti. Sekarg cuma bangun malam biler nak susu. Mata celik tapi biler bagi jer susu.. matanyer akan pejam semula.. abih susu sebotol... nah..nah..pandailak dia bagi botol balik.

Masa kejadian rasa cam penatnya, ngantuknya tapi... selepas berlalu tersenyum-senyum sendiri... hihihi

Seronok jadi ibu ngan ayah nie.. dapatlah kita rasa jerih perih mak bapak kita besar kan kita dulu. Tapi orang kata anak-anak sekrg lagi canggih dari dulu.. betul ker? betul kot.. dulu2 mana ada Channel Ceria, Disney, Play Station dll ye tak? kalau setakat Cumi dan Ciki (ingat lagi tak?) aper la sangat. Tapi dulu kita semua bebas main kat luar, galah panjang lah, teng-teng lah, polis n thief laa, main guli... sekrang nie nak lepas kan anak2 kat luar pun takut. Macam2 yang tak diingini boleh berlaku (Ya Allah, jauhilah mala petaka menimpa keluargaku, Aminnn)

Anyway, enjoykan diri bila membesarkan anak2 supaya kita sendiri tak tertekan, dan dapat menikmati hidup dengan lebih yakin... InsyaAllah...

Isnin, 21 Julai 2008

Introducing.. Me and Family



Inilah keluargaku yang paling ku cintai..

Suamiku tercinta... seriuskan... tapi dia lah penawar duka dan lara ku. Anak-anak rapat benar ngan dia... sayangnyer nor kat abang... camner ekkk... hehehehe

Aiman(baju itam)... anak sulong, fuh! ye laa, pengalaman pertamakan. Tapi dia boleh jadi role model untuk adik-adik (itu harapan ibu dan ayah)mencabar beb... tapi dialah sumber inspirasi kami berdua.. Dan mengajar ibu dan ayah yang kesabaran itu tiada hadnye... Sayang

Aiman....

Amin(baju merah)... Si cute kami, penawar duka, dia penuh dengan kasih sayang. Sentiasa memberitahu kami yang anak-anak itu boleh berfikir. Dia adalah seorang yang suka berfikir... maksud kami, kadang-kadang.. kami sendiri tak terfikir seperti apa yang difikirnya. Tapi itulah dia Amin... Fikiran nya tak terbatas (dengan usianya yang baru menjangkau 6 thun).... Sayang Amin

Aini... si Manja kami... membuat kami ketawa, menceriakan kehidupan kami. sekarang aini sedang mengumpul segala maklumat yang dicurahkan pada dia... Dan dia seorang yang begitu cepat mempelajari sesuatu yang baru.. Ibu dan ayah harap kehidupan mu tidak sia-sia di muka bumi Allah s.w.t. ini.. Sayang Aini

Kehadiran kalian dalam hidup Ibu.... tak terucap dengan kata-kata...

Abang... Semoga kasih sayang kita kekal hingga di dunia sana.. Luv U

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...